Tuesday 27 December 2011

AKU KENA TAG!!!

Assalamualaikum. Salam ukhuwah.

Sekolah tinggal seminggu je lagi. Amacam?? Dah ready ke?? Mesti dah macam-macam korang buat time cuti ni kan?? 

K la, yang penting cuti korg diisi dengan benda-benda yang bermanfaat.

Aku tak faham, kenape kakak aku norsyafiqah tag kat aku benda ni. So, nak tak nak, terpaksa la aq jawab benda-benda ni


Di sini ade beberapa soalan wajib jawab utk tuan punyer blog
[1] warna favourite and why?
[2] perangai orang yang paling anda menyampah sekali. explain skit
[3] benda yang anda teringin nak buat tapi blom kesampaian
[4] makanan yang anda rasa pelik
[5] favourite quote
[6] situasi di mana anda teringin nak terjun dari bangunan klcc
[7] anda skema atau jenis yang suka rebel?
[8] asal perempuan suka gossip eh?
[9] kalau ada time machine, anda teringin hidup di zaman mana?
[10] 3 benda wajib bawak kalau keluar jalan2
[11] anda rasa pelik bila...
[12] binatang yang anda rasa comel/hensem
[13] ada bebelan ikhlas buat pakcik/makcik yang gatal2 tag anda?
# sila jawab soalan-soalan yang x berapa maut di atas
# lepas tu,anda dikehendaki tag kawan2 anda yang ada blog dengan meletakkan link mereka di bawah

JAWAPAN:

1. Warna favourite.. erm., HIJAU ngan BIRU muda. Mybe sebab hijau tu warna kesukaan nabi. Biru muda pulak warna yang menenangkan.

2. Perangai yang aku kurang gemar ialah perangai orang yang suka bersangka buruk terhadap orang lain. (sebenarnye aku tak tahu nak expain macam mane. Yang penting benda ni boleh menghasilkan dosa.)

3. Kalau boleh aku nak pergi TANAH SUCI. Melawat MAKAM NABI. Study kat MESIR/JORDAN/ or mana2 yang best.

4. Time ni aku belum jumpa lagi makanan yang pelik2.

5. Favourite quote.. erm.,

"(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan 
di antara mereka kecuali mereka yang bertaqwa" 
(Al-Zukhruf:67)

6. er..?? gila ke nak terjun dari KLCC? Dosa kowt. Ish! Tak nak!

7. er.. Tak tahu la.. 50-50 kowt.

8. er.. Mybe dyorg semua tak tahu azab mengumpat kowt. er... SERAM. 

9. Kalau boleh, aku nak hidup zaman Rasullah. nk jumpa dengan Nabi..! 

10. 3 benda.. Erm.. jam, wallet dan BB. (Kalau ada).

11. Aku rasa pelik time ada orang lepaskan 'BOM' yang kuat sebelah aku.

12. Harimau bintang

13. Asal kau tag aku.? 2 jer.

aku nak tag AJWAD, HAKEEM, AMAR, MAT YE dan HUSAINI

Friday 16 December 2011

Adakah kau tahu bahawa..

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya.. 

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.. 

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. 

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.. 

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika brsama ALLAH..




Tuesday 13 December 2011

islamkah kita..?






Assalamualaikum.,
Islam kah kita.. semua yang sudah mengucapkan kalimah syahadah adalah islam.. kita mengaku bahawa Allah itu ada.. tapi adakah kita tahu apa dalil tentang kewujudan Allah.??
Ada kitab akidah mengatakan bahawa:
“Sesiapa yang tidak mengetahui dalil tentang kewujudan Allah, semasa matinya, dia tidak boleh ditanam di tanah perkuburan Islam”ini yang agak berat..
“Sesiapa yang tidak mengetahui dalil tentang kewujudan Allah, dia masih boleh ditanam di perkuburan islam, tetapi 24jam hidupnya berdosa” yang ini agak ringan sedikit
Sebagai contoh, jika ada seseorang bertanya “betul je Allah itu wujud sedangkan kita tidak dapat merasa, tidak dapat menyentuh, kita tidak dapat melihat Allah”.. jika seseorang itu akidahnya hanya senipis kulit bawang.. dia akan berpikir. “betul jugak apa yang ditanya oleh orang itu”…
Jawapannya senang sahaja “tak semua benda yang ada dimuka bumi ini kita dapat lihat, dapat sentuh dan dapat rasa”.. mudah bagi seseorang itu menjawab persoalan tersebut jika kita selalu menghadiri kelas-kelas agama..
Cuba kita renung-renungkan bersama.. kita di mana.. akidah kita bagaimana.. kalau ada dugaan yang boleh memurtadkan kita.. boleh tak kita menghadapinya tanpa kita sendiri masuk dalam golongan orang kafir.??? fikir-fikirkan lah…
Semoga kita tergolong dalam dolongan orang yang kuat akidahnya.. amin.. insyaAllah


Assalamuaaikum..

Monday 12 December 2011

Al-Fateh Brothers....




Assalamualaikum..Salam ukhwah..

Gambar kat atas nie gambar antara ahli kumpulan KHAIFAH., atau sekarang ni digear sebagai AL-FATEH BROTHERS. woohoo..! Gempax an.. Gambar ni kitorg tangkap lepas kitorg habes buat persembahan 'pentomen'. Sempena sambutan Maal Hijrah 1433 mahisi.


antara babak dlm 'pentomen kitorg..



















Lepas 2 menyanyi pulak.,



2 je untuk kali ini., k wa stop kat sini.,
Assalamualaikum.






Sunday 11 December 2011

Balasan Meninggalkan Solat..!




Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya. Sama-samalah kita renung-renungkan.
Posted

Amacam cuti korang..!?

Assalamuaaikum. ni post aq yg pertama aku letak. baru buat blog ni pagi tadi. m'mule x tahu nak cakap ape.  aku pon tibai je la tajuk ni. 

Aa, amacam best x cuti korg.?? Mesti la best an.. Aku harap cuti korang dapat la diisi dgn mende2 berfaedah. Ada yg makan angin dengan keluarga., tak kire la kat dalam negara ataupon luar negara. Ada jgak yg masok CAMPING,
best jgak 2., dpat tambah pengalaman.

Cuti ni mak aq hntar masok tahfiz, dkat dengan rumah aq je. Best jgak masok tahfiz. Boleh dkat kan diri dengan Al-Quran. 

tapi, sebenarnye x kesah la ape mende yg korang buat cuti ni., tp, aq harap aktiviti yang ko buat 2 boleh datangkan manfaat kat korg.

k, la., sampai sini je la, Assaamualaikum.