Tuesday 13 December 2011

islamkah kita..?






Assalamualaikum.,
Islam kah kita.. semua yang sudah mengucapkan kalimah syahadah adalah islam.. kita mengaku bahawa Allah itu ada.. tapi adakah kita tahu apa dalil tentang kewujudan Allah.??
Ada kitab akidah mengatakan bahawa:
“Sesiapa yang tidak mengetahui dalil tentang kewujudan Allah, semasa matinya, dia tidak boleh ditanam di tanah perkuburan Islam”ini yang agak berat..
“Sesiapa yang tidak mengetahui dalil tentang kewujudan Allah, dia masih boleh ditanam di perkuburan islam, tetapi 24jam hidupnya berdosa” yang ini agak ringan sedikit
Sebagai contoh, jika ada seseorang bertanya “betul je Allah itu wujud sedangkan kita tidak dapat merasa, tidak dapat menyentuh, kita tidak dapat melihat Allah”.. jika seseorang itu akidahnya hanya senipis kulit bawang.. dia akan berpikir. “betul jugak apa yang ditanya oleh orang itu”…
Jawapannya senang sahaja “tak semua benda yang ada dimuka bumi ini kita dapat lihat, dapat sentuh dan dapat rasa”.. mudah bagi seseorang itu menjawab persoalan tersebut jika kita selalu menghadiri kelas-kelas agama..
Cuba kita renung-renungkan bersama.. kita di mana.. akidah kita bagaimana.. kalau ada dugaan yang boleh memurtadkan kita.. boleh tak kita menghadapinya tanpa kita sendiri masuk dalam golongan orang kafir.??? fikir-fikirkan lah…
Semoga kita tergolong dalam dolongan orang yang kuat akidahnya.. amin.. insyaAllah


Assalamuaaikum..

No comments:

Post a Comment